Sesetengah pihak mengatakan bahawa kertas kerja merupakan perkara yang merumitkan namun realitinya dengan menyediakan kertas kerja program yang dirancangkan, anda dapat melihat keseluruhan program daripada aspek kewangan, aturcara dan lain-lain lagi bagi memastikan idea tersebut sama ada realistik ataupun tidak.
Kertas Kerja Program Sukarelawan Kebajikan
Sekiranya anda berminat untuk memuat turun contoh atau template kertas kerja, anda boleh klik pautan di bawah untuk memuat turun contoh kertas kerja yang disediakan di laman Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan sertabantuan kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar untuk mengadakan Kerja AmalGelandangan anjuran pelajar kursus Kepimpinan dan Kreativiti.
5 lagi kemahiran komunikasi (HPP2). Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara), menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan dan mampu berintekasi menggunakan bahasa antarabangsa.5 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat (HPP3). Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri dan mengumpul maklumat secara kendiri.5 pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme (HPP4). Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan sikap kesukarelawanan.5 kemahiran pemikiran kiritkal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik(HPP5). Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat, mengenal pasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.5 kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan (HPP6). Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukan untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.5 kemahiran pengurusan dan keusahawanan (HPP7). Mencambah idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan, menetapkan matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan kemampuan untuk, melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik dan menyerahkan/menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu lain.5 generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif (HPP8). Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif/berinovasi yang menambah nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.
Assalamualaikum.saya Amira mewakili rakan2 saya dari Kampus Satelit CIAST - ILP Marang ingin mengadakan program amal berbentuk kemahiran untuk anak2 yatim.peringkat usia 13-17tahun.ada tak rumah kebajikan yg sesuai.jika ada boleh email sy: myra040589yahoo.com atau 013-9097170.terima kasih.
Kerja amal atau sukarelawan adalah satu aktiviti yang melibatkan masyarakat dalam membantu mereka yang memerlukan. Pelajar boleh memberikan contoh seperti aktiviti bergotong-royong atau menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir misalnya. Tambahan pula, anda pasti dapat menghuraikan nilai-nilai yang diperoleh apabila menyertai aktiviti-aktiviti sukarela ataupun kerja amal.
Antara kebaikan utama menyertai kerja amal adalah ia dapat memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kepada mereka yang lebih bernasib baik. Misalnya, kejadian banjir yang melanda kawasan perkampungan banyak memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung seperti perkakas rumah dan pakaian. Oleh itu, sukarelawan yang datang membantu dapat menyumbang kepada kebajikan penduduk terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Secara tidak langsung, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak khususnya peserta aktiviti dalam memahami keadaan yang sukar terhadap mangsa. Ia juga dapat mengelakkan masyarakat daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelasnya, faedah kerja amal atau aktiviti sukarelawan dapat membantu meluaskan kesedaran terhadap kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian masyarakat.
Manfaat lain aktiviti sukarelawan adalah membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik. Apabila kita menyertai aktiviti sukarelawan, pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh. Seseorang individu akan didedahkan kepada cara untuk berkomunikasi dengan lebih empati, menguruskan logistik dan sebagainya. Mereka akan terlibat dengan organisasi yang mempunyai ketua untuk menurut arahan, golongan penerima yang akan mendapat bantuan dan rakan sukarelawan yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Persis kata mutiara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan menyelami kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh penerima bantuan, ia akan membentuk kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Tegasnya, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini dapat membentuk ketrampilan diri yang baik.
Selain itu, kerja amal dan sukarelawan dapat membantu kita untuk mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sejak kebelakangan ini, banyak laporan di dada akhbar dan televisyen yang memaparkan ahli masyarakat yang terjebak dengan gejala negatif seperti dadah dan gangsterisme. Perkara ini seharusnya dibendung agar masyarakat yang bermutu dan negara yang maju dapat dicapai. Oleh itu, dengan menganjurkan aktiviti sukarelawan atau kerja amal dan memastikan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian mampu memenuhkan masa mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita perlu menggalakkan generasi muda pada hari ini untuk menyertai aktiviti sukarelawan atau kerja amal agar sikap tanggungjawab dan merendah diri dapat dipupuk. Izharnya golongan muda perlu lebih aktif dalam aktiviti sukarelawan untuk membendung gejala negatif berkembang dalam masyarakat.
Akhir sekali, kebaikan melaksanakan kerja amal adalah mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu. Setelah kita melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti menjalankan gotong-royong untuk mangsa banjir, kita pasti akan disayangi dan dihargai oleh mangsa yang terjejas. Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti akan melahirkan hubungan persaudaraan yang lebih baik. Semangat bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat akan terjalin. Situasi ini penting agar mereka yang tidak bernasib baik dapat manfaat untuk meneruskan hidup manakala yang membantu dapat mengambil iktibar. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang bersikap seperti anak di pangkuan kelaparan, kera di hutan disusukan. Tuntasnya, masyarakat yang menyertai kerja amal adalah masyarakat yang cakna dan harmoni.
2 KERTAS KERJA PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KESUKARELAWAN 2013 PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Sebagai salah satu badan kepimpinan mahasiswa dalam Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, berbesar hati ingin menganjurkan Program Kemasyarakatan dan kesukarelawaan Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi ruang yang luas kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat. Program ini juga dianjurkan adalah untuk membentuk kemahiran-kemahiran kesukarelaan, kepimpinan dan melatih mahasiswa/i untuk berfikir secara kritis dan mampu menjana idea yang kreatif dan matang. Program ini juga dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa/i mengenai alam luar kampus, dan budaya pendidikan serta sebagai praktikal kerja kemasyarakatan yang tidak boleh ditinggalkan oleh pelajar kampus/universiti. Disamping itu, program ini adalah berbentuk kepimpinan, kesukarelaan, kebajikan, kerohanian, kekeluargaaan, kebudayaan, hal ehwal kewanitaan, dan bersifat akademik, melalui pembelajaran sepanjang hayat. Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk menjayakan Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawan 2013, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 2.1 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan pemantapan akademik dan pembentukan sahsiah diri dijalankan secara berterusan khususnya kepada para pelajar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu program iaitu Program Kemasyarakatan dan Kesukarelawaan 2013 yang merupakan salah satu program yang diadakan bertujuan memasyarakatkan mahasiswa/i di hati rakyat serta mewujudkan suasana dan tuntutan mahasiswa untuk turun padang bersama-sama dengan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama khususnya masyarakat peribumi bagi tujuan melihat budaya, cara hidup dan seterusnya memberi sumbangan dan kesedaran kepada penduduk di sana terutamanya bagi masyarakat Islam.
3 3.0 MATLAMAT Penganjuran Program Kemasyarakatan dan kesukarelawaan 2013 ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada mahasiswa/i tentang kepentingan silaturrahim, persaudaraan, kesukarelaan, pembelajaran secara amali, kebertanggungjawaban dan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya kepentingan menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat setempat dan warga Malaysia dan luar negara yang turut tidak akan ketinggalan menjadi sasaran kami. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Menanam rasa tanggungjawab dan kesukarelaan untuk memberikan khidmat soial, motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan sosial sebagai satu langkah kearah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa 4.2 Menjalinkan silaturrahim sesama pelajar dan melatih kemahiran berkomuniti mahasiswa dan mengaplikasikannya dalam situasi komuniti yang sebenar 4.3 Membentuk sahsiah, keperibadian dan nilai positif yang unggul dalam diri pelajar daripada sudut kerohanian, jasmani, mental, kepimpinan, kemasyarakatan, kesukarelaan, hal ehwal wanita, kebudayaan dan kesenian yang perlu dipelihara 4.4 Meningkatkan kemahiran insaniah, dinamis dan sikap prihatin untuk membentuk kepimpinan diri di dunia kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa 4.5 Melahirkan mahasiswa serba boleh dan mampu menjana peluang memberi bantuan kepada masyarakat apabila sudah berada di alam pekerjaan kelak. Tidaklah hanya berada dalam situasi yang sunyi di alam kampus ini 4.6 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dan sebagainya 6.0 TEMA LOVE IS SHARING AND CARING 2ff7e9595c
Comments